Wednesday, December 16, 2015

duit dan emas...tips2 menyimpan harta



BUAT LAH APA SAHAJA BIZ ATAU BERKERJA SEKALI PUN... DI PENGHUJUNGNYA SIMPAN LAH EMAS... 

Ia merupakan aset mampu milik... Tidak Seperti Tanah Atau Rumah... Dari Dulu Hingga Sekarang Menyimpan EMAS Itu kan Amalan Yang Baik...

Dikala memerlukan Pusingan Modal untuk Biz.... Dikala terdesak memerlukan Cash.... Emas ada boleh membantu tanpa meminjam Dari Bank atau sesiapa... Terelak daripada bunga(riba).

Jadi teruskan menyimpan emas untuk masa depan anda...

Pelbagaikan Simpan Emas :
๐ŸšจBarang Perhiasan...
๐ŸšจGold Bar...
๐ŸšจGold Coin...
๐ŸšจDinar...



ingat emas...ingat ilah fazilah...
call/wassup/pm/sms
0126098480

Wednesday, December 9, 2015

UNTUNG KE KALAU SAYA JOIN POWERGOLD.BIZ NI??

Soalan dan Jawapan
===================
BAGAIMANA SAYA UNTUNG BERSAMA SYARIKAT POWERGOLD.BIZ?
๐ŸŒทJawapan :
Beli dan simpan pun sudah untung,kalau hendak lebih keuntungan boleh lah sambil menyimpan meniaga emas.
๐ŸŒท Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain, ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas,ini yang perlu anda pelajari.
๐ŸŒทHanya orang yang sabar yang akan melepasi tahap ini.
๐ŸŒป Soalan dan jawapan?
==================
BERAPA SAYA BOLEH DAPAT DUIT BULAN- BULAN JIKA BERSAMA SYARIKAT POWERGOLD.BIZ?
๐ŸŒทJawapan :
Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan- bulan,pulangan,dividen dan sebagainya. Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas,dan simpanlah emas tersebut.
๐ŸŒทBezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi dealer.
Inginkan duit lebih,ada caranya,anda usaha, anda dapat.
๐ŸŒปBILA MASA TERBAIK MEMBELI EMAS?
๐ŸŒทRamai di antara pembeli emas dan pelabur emas yang baru tertanya-tanya bilakah masa terbaik untuk membeli emas.
๐ŸŒทPelbagai versi yang didengari berkaitan masa terbaik membeli emas ini. Sebagai dealer saya cuma memberi galakan dan panduan kepada anda bila masa terbaik membeli emas.
๐ŸŒทJawapannya mudah saja belilah ketika ADA DUIT DI TANGAN ANDA.
Mengapa?
๐ŸŒทKita tidak akan bertemu dengan ‘perfect wave’ bila mula-mula melabur emas. Adakalanya bila harga emas rendah, kita kekurangan wang dan apabila kita mempunyai wang yang banyak harga emas pula mencacak naik.
๐ŸŒทTiada siapa boleh mengetahui dengan tepat kenaikan dan penurunan harga emas walaupun menggunakan perisian yang canggih. Oleh itu ia digelar ramalan atau “prediction”.
๐ŸŒทJangan kecewa, ingatlah pelaburan emas ialah pelaburan jangka sederhana dan panjang. POWERGOLD cuba mendidik kesedaran utk menyimpan emas kepada semua.
๐ŸŒทCuma diingatkan pulangan yang lumayan mungkin memberikan anda risiko yang amat tinggi. Jangan sudah terkena baru anda menyesal kerana pengalaman itu amat menyakitkan.
๐ŸŒทUntuk merasai pengalaman pelaburan emas, belilah emas pertama anda walaupun sekeping dinar. Perhatikan pegerakan harga emas bagi tempoh setahun, tambahkan ilmu emas anda dan buatlah keputusan anda.
gram bulan keluarga





Ingat emas...ingat Ilah

0126098480

Thursday, December 3, 2015

7 Perkara JANGAN Dalam Simpanan EMAS

7 PERKARA JANGAN DALAM SIMPANAN EMAS.

1⃣JANGAN MALAS :
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas seperti sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yg ada dipasaran & banyak lg yg perlu anda ketahui. Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yg tak pernah habis.

2⃣ JANGAN AR-RAHNU SEBARANGAN :
Ramai yg menyalahgunakan perkhidmatan ar Rahnu kebelakangan ini. Peranan ar Rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yg memerlukan, bukan kepada mereka yg tamak.
Siapakah yg tamak? Org yg jual & beli menggunakan sistem 35:65 @ 30:70. Contohnya seperti ini : Katakan emas 999 100g berharga RM10k. Pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar Rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7K dan menyerahkannya kpd peniaga.
Urusan dgn peniaga sudah selesai & peniaga kenyang sbb dapat untung besar jual emas dgn cara ini. Apa cerita dgn pembeli? Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

3⃣ JANGAN JUAL EMAS ANDA :
Jangan jual emas anda tanpa sbb. Ramai yg keliru apabila diajar semasa harga tinggi (beli rendah jual tinggi). Jadi untuk apakah membeli emas? Emas adalah aset unggul yg harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di tangan anda nanti.
Jual Emas hanya untuk 5 perkara :
1. Rumah,
2. Hartanah,
3. Emas dlm bentuk lain (brg kemas)
4. Modal Bisnes
5. Keperluan @ terdesak.

4⃣JANGAN SIMPAN WANG KERTAS :
Jangan menyimpan terlalu byk wang kertas. Sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan & kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yg terbaik krn ia kalis inflasi & tidak susut nilai. Setiap kali harga emas naik, ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita. Jangan terpedaya dgn bonus, dividen dan pulangan yg ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yg menyebabkan anda rugi sebenarnya. Simpanlah Emas dlm bentuk fizikal seperti Dinar, Bar dan pelbagaikan pula dgn barang kemas

5⃣JANGAN TUNGGU :
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nk beli. Org selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya, memang betul emas mahal. hampir setiap tahun org kata emas mahal. Jadi pada masa bila emas murah? Dulu harga emas RM 16/gram pun org kata mahal, RM 38/gram pun org kata mahal, RM 90/gram pun org kata mahal, sekarang dah nak cecah RM 200/gram pun org kata mahal.
Jawapannya tahun demi tahun harga emas makin mahal. Rugilah golongan yg hanya menunggu & melihat org lain semakin kaya dgn emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM 140/gram, skrg dah dekat RM 200/gram. Ini baru menyimpan sahaja dah untung. Jika yg meniaga macamana? Lagi untung!

6⃣JANGAN TOLAK :
Jangan menolak @ menafikan tentang matawang ISLAM iaitu Dinar & Dirham. Kebelakangan ini semakin ramai yg menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yg cuba mengembalikan matawang ISLAM ini.
Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% krn wang kertas masih giat digunakan, tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita. Saya sudah bermula, anda bila lagi?

7⃣JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI :
Setelah anda menjadi seorang yg celik emas. janganlah anda hanya mendiamkan diri & tidak menyampaikan info yg berguna ini kpd org lain. Sebarkanlah tentang emas, perak, dinar & dirham. Semua ini berbeza & mempunyai matlamat simpanan yg berbeza.
Tidak guna jika hanya kita seorang sahaja yg tahu tentang kepentingan emas dan sbb perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita, rakan-rakan & masyarakat sekeliling masih buta emas. Memang ada yg tidak boleh terima terus. Gunakanlah cara berhemah & yg penting anda sudah menyampaikannya.


Moga bermanfaat. 


ILAH FAZILAH GOLD
0126098480

Thursday, November 26, 2015

TIPS NAK BELI EMAS

TIP PANTAS TENTANG EMAS
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Beli emas yg bebas GST, anda jimat 6%
2. Beli emas dari syarikat yg mempunyai banyak cawangannya.. jadi mudah utk anda jual nnt.
3. Beli emas dari syarikat mempunyai reputasi yg bagus
4. Beli emas yg dapat emas fizikalnya..
5. Beli emas yg emasnya mudah utk dibeli dan dijual serta diminati oleh ramai pengemar emas sbb mudah utk dijual nnt.
6. Beli emas gunakan duit lebihan BUKANNYA DUIT YG NAK DIGUNAKAN DLM JANGKAMASA TERDEKAT..
7. Jangan beli emas yg mendapat pulangan bulanan.. alamat kayap lah anda..
8. Sebagai pelabur JANGAN beli emas perhiasan sbb harganya mahal dan susutnilainya tinggi.
9. JANGAN pajak emas anda tanpa sebarang alasan yg kukuh..dan tanpa teknik yg betul.
10.Jangan beli emas tanpa mengambik kira ttg faktor2 yg lain..cthnya spreadnya & mudah utk dijual balik juga perlu diambik kira. 
11. Sebagai permulaan utk membeli emas JANGAN TUNGGU HARGA RENDAH sbb anda tdk tahu bila harganya rendah atau tinggi..
12. Istiqamah membeli emas setiap bulan tanpa mengira harga emas tinggi atau rendah.. itu lebih menguntungkan.



haaa...jom beli emas..... mulakan langkah anda...
jgn fikir lama sgt....skrg ni harga emas sedang jatuh rendah....
ms paling cantik untuk tambah emas...
kalau ada duit lebih...boleh je beli lebih dari 1 gram sebulan..yg penting...istiqamah 


call.wassup.pm.sms
Ilahfazilah Gold
0126098480

Tuesday, November 10, 2015

Jom Rancang Simpanan UntukPendidikan Anak2 Dengan Emas



Jom ambil langkah bijak rancang pendidikan anak² di masa hadapan..
Zaman sekarang nk masuk U belanja dah beribu..
Jadi ambillah langkah dengan menyimpan emas supaya di masa hadapan kita dan anak² tak terbeban nak bayar hutang..
Sekarang mungkin boleh cakap kita ada duit, mesti mampu punya nak sekolah kan anak.. Tapi sedar tak kita duit tu banyak kelemahan dia?? 

Tips Plan Pendidikan - 1 lagi tips untuk pelan pendidikan anak dengan emas
๐Ÿ“™๐Ÿ“˜๐Ÿ“๐Ÿ“–๐Ÿ“š๐Ÿ“š✏๐Ÿ“’๐ŸŽ“๐Ÿ“‘๐Ÿ““

✔mula simpan emas sejak anak dilahirkan.

✔ umur anak 1 tahun  12g
✔ umur anak 18 tahun  216g

๐Ÿ“ harga emas tahun 2015
1gm = RM183 (harga ahli)

๐Ÿ“ harga emas tahun 2020
1gm = RM503

agak2 kalau kita tak beli emas tapi kita cuma simpan duit sahaja,RM500 skg sama tak nilainya dengan RM500 tahun 2020?

tapi nilai emas tak berubah.sebabnya emas kalis inflasi...jadi...kita dh bolehtukar simpanan emas utk pelan pendidikan anak...dah takyah nk buat pinjaman PTPTN.hidup pun tak berhutang..grad dengan senang hati ๐ŸŽ“๐ŸŽ“๐ŸŽ“

jom simpan emas
✔1gm 1bln 1keluarga

HANYA DI POWERGOLD
๐Ÿ“ take note..kedai emas luar tak jual 1gm tau..cuma di powergold saja..daftar ahli cepat sebelum terlambat.dah dapat free suku dinar utk simpanan..

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Jom simpan emas serendah 0.5 gram


Ilah Fazilah
0126098480

kenapa Emas begitu berharga???

KENAPA EMAS? 
1. EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.



2. HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG
Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini.
Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3. NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH DALAM JANGKA MASA PANJANG
Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.
Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 50 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 20 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.00 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.
Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 999) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar oktober 2015 adalah lebih kurang RM 760).

4. ASET YANG TERUNGGUL
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

5.TIDAK BOLEH DIMANIPULASI
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama.



Tuesday, November 3, 2015

Kenapa perlu bayar yuran keahlian Powergold?

๐ŸผApe PowerGold ni?๐Ÿผ - ๐ŸผApe PowerGold ni?๐Ÿผ
Sebuah Syarikat Online Yg Menawarkan Harga Emas Murah
1 Platform dimana Kita Boleh Menjual Emas Secara Online
Menawarkan Harga Terus dr Kilang
Memberi Pelbagai Inisiatif dan Juga Bonus
Mengalakkan Penyimpanan Emas 1g 1Bulan 1Keluarga...


Apa Faedah Anda Dpt Bila Join???
 Harga Emas Lagi Murah dr Pasaran
 Boleh Jual/Beli Emas Secara Online
 Dpt Pelbagai Bonus
 PERCUMA Ilmu Emas (seminar dan bimbingan)
Mempunyai Kedai Emas Bergerak
☑ Ada Katalog Online
Modal Rendah (serendah RM350.00 seumur hidup!)
Boleh Tukar GoldBar kpd Emas Perhiasan TANPA CAS EXTRA
Bayaran join member GOLD RM350 +6.35 (postage) ....anda akan dapat:
1. 0.5 gram Syiling 999.9 secara PERCUMA
2. Dapat beli emas (916, 999.9, dinar) dgn harga ahli, harga MURAH dari harga pasaran
3. Dapat ILMU ๐Ÿ“š emas tanpa masuk kelas
4. Dapat beli brg emas dengan KOS UPAH diluar jangkaan ๐Ÿ˜ฑ
5. Dapat tukar goldbar kpd brg kemas TANPA sebarang kos upah ๐ŸŽŠ
6. Dapat BONUS ๐ŸŽฐpembelian balik RM1/gram
7. Dapat 1 website ๐Ÿ’ป utk PROMOSI
8. Dapat 1 PERSONAL ๐Ÿ‘ค website utk check bonus, harga emas dll
9. Dapat royalti keuntungan syarikat
a) RM500 ๐Ÿ’ฐ secara berperingkat bila taja 1 orang.
10. Dapat jana PENDAPATAN ๐Ÿ’ถ lumayan dalam penjualan runcit
11. Dapat bonus 2 kali๐Ÿ˜ sebulan
12. Dapat jadi GOLD SAVER  secara x langsung
13. Dapat pilih emas tanpa perlu pergi kedai ๐Ÿ˜˜
14. Urusan pengeposan ๐Ÿ“ฎ barang ๐Ÿ“ฆ customer semua kilang uruskan
15. Dapat ramai kenalan




jom daftar ahli
call/wasup/sms
Ilah Fazilah
0126098480

Monday, October 26, 2015

simpan emas untuk anak-anak dari kecil

Tips Plan Pendidikan - 1 lagi tips untuk pelan pendidikan anak dengan emas
๐Ÿ“™๐Ÿ“˜๐Ÿ“๐Ÿ“–๐Ÿ“š๐Ÿ“š✏๐Ÿ“’๐ŸŽ“๐Ÿ“‘๐Ÿ““


✔mula simpan emas sejak anak dilahirkan.
✔ umur anak 1 tahun  12g
✔ umur anak 18 tahun  216g
๐Ÿ“ harga emas tahun 2015
1gm = RM183 (harga ahli)
๐Ÿ“ harga emas tahun 2020
1gm = RM503
agak2 kalau kita tak beli emas tapi kita cuma simpan duit sahaja,RM500 skg sama tak nilainya dengan RM500 tahun 2020?
tapi nilai emas tak berubah.sebabnya emas kalis inflasi.jadi...kita dh bole tukar simpanan emas utk pelan pendidikan anak...dah takyah nk buat pinjaman PTPTN.hidup pun tak berhutang..grad dengan senang hati ๐ŸŽ“๐ŸŽ“๐ŸŽ“
jom simpan emas
✔1gm 1bln 1keluarga
HANYA DI POWERGOLD
๐Ÿ“ take note..kedai emas luar tak jual 1gm tau..cuma di powergold saja..daftar ahli cepat sebelum terlambat.dah dapat free suku dinar utk simpanan..
๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Jom simpan emas serendah 0.5 gram

call/sms/wassup 
Ilah Fazilah Gold
0126098480


Saturday, October 17, 2015

Zakat Emas dan cara pengiraannya

Ramai prospek yg menghubungi saya yg bertanyakan tentang zakat emas sekiranya mereka membeli dan menyimpan emas...๐Ÿ˜ฆ๐Ÿ˜ž๐Ÿ™‡

Mula2 saya dulu pun mcm anda semua... bila belum bljr ilmu emas..benda2 seperti ni kita anggap sesuatu yg remeh temeh..
Tapi...lepas join n kita mula membaca dan belajar...sebenarnye ia bkn sesuatu yg membebankan apatah lg kita sepatutnya bangga jika suatu hari nanti kita pula termasuk dlm golongan yg mampu membayar zakat emas dan duit zakat kita disalurkan kepada asnaf2 yg memerlukan...๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‡

Ingat....zakat itu membersihkan harta dan menyucikan jiwa...

Lagi pula....bkn bermakna bila kita stat je bl emas terus kena byr zakat...ada cara pengiraannya...kecuali anda memberi terus 100g atau 1kg emas...ha...yg tu mmg xleh lari...tp kalau kita mampu bl beratus ribu duit utk emas..xkan setakat 2.5% dari nilai emas kita xmampu byrkan ? ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜„

Saya bagi contoh...jika kita mula menyimpan 1g 1 bln...utk 12 bln baru ada 12g je pun...masih belum layak untuk membyar zakat emas... jadi...masa bila perlu byr zakat?..

Ok..jom tgk cara pengiraan dan dalil2 berkaitan byrn zakat supaya kita lebih jelas dan benar faham tentang zakat emas...




Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

::Dalil Wajib Zakat::

Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar๐Ÿ”  emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS 

* Emas Yang Disimpan

Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.

Contoh:
Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa), maka zakatnya ialah sebanyak:

RM 4,000 X 2.5% = RM 100.

* Emas Yang Dipakai

Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya
bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000.

Contoh:
Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak:

(RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.
[24/03 6:05 pm] As Pwergld: Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.

Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram

Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram

Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000

Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram

Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram

Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf

Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram

Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000

Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram


Jadi...apa pendapat anda selepas membaca mengenai simpanan emas dan zakat?
Rasanye xde masalah pun kan... bila kita boleh bezakan antara emas yg disimpan dan dipakai juga tempoh haul dan uruf...

Mungkin kita blm lg perlu membayar zakat dlm tempoh ms terdekat ini...tp jika telah smapai waktunyer...BERBANGGALAH anda kerana dpt menunaikan zakat tersebut....dan yg nyata...andalah yang layak digelar JUTAWAN EMAS...

Wallah hualam...


Jom kita menyimpan emas serendah 1 gram 1 bln...
Mulakan langkah anda sekarang



Call/sms/pm/wassup/telegram
☎✉๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ 
Ilah Fazilah Gold
0126098480

10 Tips Penting Pajak Emas Di Arrahnu

Dalam tajuk yg lepas sy ceritakan cara untuk memajak emas di Ar rahnu.. tp kena ingat...ada beberapa perkara yg anda perlu tahu sebelum anda mengambil keputusan untuk memajak emas anda si Arrahnu...... Harap bermanafaat



10 Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebelum pajak emas, anda perlu tahu duit pajak ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, anda boleh buat overlaps. Dan overlaps adalah pertambahan hutang, bukan “passive income” sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang. Artikel ni adalah sambungan artikel “Cara Memajak Emas di Ar-Rahnu“. Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang anda perlu tahu:

Tips #1Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai

Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila
 (1) harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau
(2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Kalau sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenalpasti sumber ‘pendapatan’ yang akan digunakan untuk tebus balik emas tu. Dan pantang larang paling penting, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!

Tips #2 Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja

Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah anda perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.



Tips #3 Satu Emas, Satu Surat Pajak

Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus!

Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya  seolah-olah anda membuka 10 akaun bank!

Tips #4Survey Upah Simpan Paling Rendah

Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.

Tips #5Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan

Berdasarkan illustrasi yang saya buat dalam artikel “Cara Pajak Emas di Ar-Rahnu“, katakanlah anda dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, anda hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, anda boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak especially bila (1) anda belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.

Tips #6Tebus Emas Secepat Mungkin

Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #7 Jangan Pajak Emas Berseal

Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau anda buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold, Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.

Emas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal – tak sesuai di pajak.

PUBLIC GOLD dah buat perjanjian dengan PEJABAT POS jadi emas PUBLIC GOLD yg berseal akan diterima di arrahnu pejabat pos tanpa dibuka sealnya..

Tips #8Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30

Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu anda bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.

tips fb pelaburan emas public gold

Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!

Mangsa Serambi Emas

Tips #9Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM

Untuk makluman anda, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau anda ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod! Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila anda nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal pada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap anda banyak komitmen hutang.

Tips #10 Ambil Foto Emas Sebelum Pajak (Tips Bonus)

Saya syorkan snap foto setiap emas tu sebelum masuk ar-rahnu. Kalau anda tak mampu tebus balik emas tu, anda masih ada jalan terakhir sebelum emas tu dilelong, iaitu jual surat pajak. Cari pembeli yang sanggup beli emas tu supaya emas tu tak tergadai dan nama anda tak diblacklist.


Bila nak jual surat pajak, pembeli biasanya nak tengok foto emas tu dulu terutamanya pembeli barang kemas. Kalau designnya kena dengan citarasa, baru mereka sanggup beli. Bila anda ada foto emas tu, senang untuk anda promote untuk dapatkan pembeli. Kalau tak, memang susah nak cari pembeli. Bak kata orang putih, picture represent thousand of words!

Jadi, itulah 10 tips penting sebelum anda memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul, dan pastikan anda pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”!

Wallahu alam..

Rujukan dr group.....