Monday, September 28, 2015

Beza Kedai Emas dengan Powergold


PERBEZAAN KEDAI EMAS DAN POWERGOLD.


.
SOALAN:
Salam, nak tanya... apa beza emas kedai emas dan Power Gold ye?

JAWAPAN:
√.Takde beza. Dua² emas..Cuma bezanya sistem perniagaan yg dilakukan.

√.Kedai emas lebih kpd trading/menjual. Powergold ade saving, trading dan networking.

√.Bila jadi ahli harga pun berbeza. Powergold murah. RM350 dah dapat jadi ahli dan dapat Gold Coin 0.5gram.

       NAK BUKA KEDAI EMAS? STANDBY DULU 500K.

√.Syarikat nak galakkan orang ramai menyimpan emas sebab tu buat yuran keahlian sangat² murah.Bila jadi ahli dapat beli emas murah. Bila murah lagi best nak beli emas.

√.Bila harga naik margin keuntungan pun lebih besar bila beli murah.Macam orang buka kedai.

√.Kalau beli bahan mentah RM20 dan jual RM30 dia untung 50%. Kalau beli bahan mentah RM20 dan jual RM40 dia untung 100%. Contohnya lah.

√.Margin keuntungan berkait rapat dgn kos. Kita beli barang dah murah, kos pengurusan pun murah sebab tak perlu kedai sebab semuanya online. Setakat bayar bil internet je. Jadi bila jual bawah harga pasaran pun masih untung.

JOM DAFTAR JADI AHLI POWERGOLD DAN BELI EMAS DENGAN HARGA AHLI.
.
Jom simpan emas!
Mulakan dgn 1gram je!
Misi 1gm > 100gm > 1kg. Insya Allah


-Ilah Fazilah Gold-
012-6098480

pakej - pakej keahlian Powergold

ada 3 jenis pakej keahlian jika anda bermnat unutk menjadi ahli...
byk kelebihan menjadi ahli....
dan yg penting jangan risau....
kami ahli2 lain dan stokis sentiasa membimbing ahli2 baru dalam menyimpan emas...
masa Ila memula nak join Powergold ni pun ila buat reseacrh dulu...
sbb ila sentiasa berfikir...
kalau dah join ahli kang nak bl macammana cara??
sape yg akan guide?>>
kita sensorang ke???
aktif ke group yg kita akan masuk nnt??

sbb utk join sesuatu kelab oh ahli kita mesti nak geng yg aktif...
yang senantiasa membimbingkan...
jgn risau...
group ahli bawah Ila akan dpt bimbingan dengan stokis2 yang berpengalaman...
Master Stokis group kami adalah Saragold Kuala Lumpur...
kami akan sentiasa memberi bimbingan dan menyuntik ahli2 cara membeli emas...
cara unutk melebarkan networking juga jika ingin mengembang bisnes emas kita...

cuma....
anda perlu decided nak amik pakej keahlian yang mana...
ada 3 pakej...dan setiap pakej ini anda juga akan mendapat emas percuma...


Pakej 1 : Ahli Gold



Pakej 2: Ahli Solid Gold


Pakej 3 : Stokis



jika masih keliru..jangan risau....
call . wassup saya dan saya akan terangkan dengan lanjut apakah pakej ini..
yg penting..tetapkan matlamat untuk menyimpan emas dan beli dengan harga yag murah sebagai ahli...
banyak kita dapat berjimat disamping emas tulen powergold diterima dimana2 institusi kewangan jika kita perlu untuk jual atau pajakkan..

Ilah Fazilah
0126098480

Sunday, September 27, 2015

powergold di akhbar hari ni 28.09.2015

harini jom celik emas...
boleh baca di akbar sinar harian










jom menyimpan.....



call / wassup 
Ilah Fazilah
0126098480




Powergold di Nona TV3

Semalam cerita tentang simpanan emas dan Powergold masuk di segment Nona..
pada yg tgk nona semalam boleh tgk semua di www.tonton.com.my..




Antara intipati2 yg berguna dlm segmen nona semalam:
Simpanan Emas ni perlu di tanam dari kecil lagi
Didik anak2 untuk menabung emas. 😊👍🏼
🎈 Pajak gadai emas spt Ar Rahnu bukan lagi sebagai tempat orang yg terdesak duit. Tp di situ jugalah tempat kita rolling duit bisnes dari simpanan emas kita.
🎈Emas kalis inflasi.
Boleh di gunakan oleh orang muda untuk start saving perkahwinan..
🎈Jika nilai hantaran skrg 20k..
Suatu hari nnti mgkn nilai itu bersamaan 18k sahaja..
Tapi dengan emas, nilainya mungkin sama atau lebih tinggi. 😊
🎈 PowerGold menyediakan satu platform untuk anda berjinak2 menyimpan emas dari serendah 0.5 gram.
🎈Anda yang ingin tambah pendapatan juga boleh..
Kita mengamalkan trading & networking..
🎈Tanpa perlu modal yang besar untuk buka kedai emas.
🎈So beruntung kita mengenali PowerGold.
🎈Jangan tunggu lama-lama untuk jadi Ahli.
🎈Jangan tunggu lama-lama juga untuk start 1gram anda.
Harga emas sentiasa naik dan naik.. 🚀🚀🚀

Friday, September 25, 2015

Fahami naik turun harga emas

Tip memahami turun naik harga Emas

Sejarah harga emas 2 tahun. Trend sentiasa menaik.
Untuk memudahkan sahabat fahami perangai harga emas, saya senaraikan 6 tips penting. Walaupun mungkin kita tak faham analisis teknikal harga emas (yang agak rumit), insyaAllah kita boleh faham serba sedikit pasal naik turun harga emas ni.


Tips #1: Bila Harga Memucak Tinggi - Perangai harga emas, bila ia naik puncak tertinggi, ia akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.
Cuma berapa banyak ia akan naik, dan berapa banyak ia turun, tak siapa yang tahu. Bila harga emas cecah puncak yang baru, itu masanya untuk jual emas bagi sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila harga emas turun, tambahkan lagi simpanan emas. Jangan tunggu harga turun lagi sebab ia akan naik balik pada bila-bila masa. Ramai kenalan saya yang tunggu harga paling rendah tapi akhirnya terpaksa beli harga lebih tinggi!

Tips #2: Faktor Turun Naik Mendadak - Naik turun harga emas secara mendadak banyak dipengaruhi oleh faktor ‘fundamental’ yang biasanya diluar jangkaan sesiapa pun.
Iaitu seperti bencana alam, 9 ekonomi, kenaikan harga minyak, peperangan, ketidak stabilan sesuatu negara seperti di Timur Tengah, inflasi dsb. Faktor yang telah dijangkakan juga mempengaruhi harga emas seperti nilai US dolar (Matawang US) yang menyusut dan krisis hutang di Eropah dan US. Individu dan bank-bank pusat akan beli emas untuk selamatkan kekayaan mereka bila mereka rasa dunia tak selamat, dan harga emas akan melonjak. Setiap orang perlu menyimpan emas walaupun sikit sebagai ‘insurans’ masa depan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan tukarkan 10% kekayaan kita kepada emas. Tapi, atas keyakinan saya sendiri, saya tukarkan sebahagian besar simpanan saya kepada emas.

Tips #3: Emas Terus Naik Jangka Panjang - Mengikut indikator yang ada pada masa sekarang (2011), trend harga emas akan terus naik dalam jangka panjang. Mungkin 10 tahun lagi.
Krisis hutang di US dan penyusutan nilai dollar belum nampak jalan keluarnya lagi. Michael Maloney, pakar pelaburan emas & perak menjangkakan krisis ini akan membawa kepada hiperinsflasi dan keruntuhan sistem matawang kertas yang menyebabkan duit kertas tak bernilai lagi. Jangan teragak-agak membeli emas selagi harga emas belum cecah USD5,000 seauns. Harga tertinggi setakat September 2011 baru sahaja USD1,900.

✅Tips #4: Harga Turun Jangka Pendek Adalah Biasa - Harga emas memang ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia akan terus naik dalam jangka panjang.
Memang tak logik harga emas naik tapi tak turun-turun. So, jangan risau kalau harga emas turun, terutamanya kalau anda baru sahaja membeli emas.

Tips #5: Mengukur Potensi Kenaikan Harga - Lagi banyak harga emas jatuh, lagi besar potensi ia akan naik balik. Ini disebabkan kita masih dalam trend harga menaik (bull market).j
Kalau anda orang baru, try check dengan dealer emas berapa harga emas tertinggi sebelum ini. Lagi rendah harga emas semasa berbanding harga tertinggi sebelum ini, jangan fikir panjang. Beli jer. Tapi kalau anda baru pertama kali membeli, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least 1 dinar.

✅Tips #6: Waktu Terbaik Memborong Emas - Bila harga emas jatuh banyak macam September 2011, itu masanya untuk memborong emas sebanyak mungkin.
Bukannya tunggu sebab takut harga turun lagi dan tak naik-naik dah. Harga emas mesti naik balik kalau kita faham isu besar yang hampir pasti akan berlaku pada sistem kewangan sekarang – keruntuhan sistem wang kertas (fiat).

Berdasarkan banyak indikator yang ada pada hari ini, Michael Meloney (pakar sejarah matawang) meramalkan akan berlaku keruntuhan sistem matawang dunia. Jika ianya berlaku, orang paling selamat ialah mereka yang simpan emas dan perak.

Kalau anda faham isu penyusutan nilai US Dollar, krisis hutang US dan negara Eropah, anda akan lebih takut untuk menyimpan duit kertas berbanding membeli emas pada harga tinggi. ‘Krisis’ begini tak mungkin akan selesai dalam setahun dua, bahkan Michael Meloney, penulis buku “Guide To Investing in Gold & Silver” meramalkan ia adalah petanda awal keruntuhan sistem matawang kertas. Harga emas akan terus naik dan duit kertas bakat jadi sama taraf dengan ‘tisu tandas’ kata Tun Dr. M.

Harga emas naik lagi...

Pg2 dpt info dr stokis saya..
Harini harga emas maybe akan naik berikutan kenaikan harga emas meningkat dan kemerosotan nilai ringgit di oazaran dunia.....

Jam 12am pg td terus up dlm wassupgroup harga telah pun naik mendadak...
Pelagi laju2 bukak website powergold...

Dan serius mmg harga dah lain dari RM 174 segram emas 999.9 naik ke rm182 segram..
Banyaktu ...almost RM 8 segram... jom tgk harga baru emas harini



Luckyly last week dah borong beberapa ketul suku dinar, dinar dan gold bar padaharga lama lg...jimat di situ...


Jadi...pada yg masih lagi berfikir2 nak bl or tak..terpulang pada anda...
Harga emas dijangka akan terus menaik..

Next n3 saya akan share tips trick turun naik harga emas...ok...

Jgn segan call / wassup saya
012609848
Ilah fazilah


Wednesday, September 23, 2015

Perbezaan antara Powergold dan pengedar emas yang lain

ok....ila tau kekadang bila org certa pasal emas..
semua org ada jugak g nak skodeng2 dan amik tau tentang emas ni...
mmg best kan kalau dpt simpan emas ni..
tp ramai yang takut2 or xpercaya...
betul ke cara or jalan yang kita ambil untuk beli emas ni...
company ni boleh caya ke???
pastu bila search kat internet..
byk la pulak company yg jual emas mcm konsep powergold buat ni...
tp semua mereka ada konsep yang sama seperti dibuat oleh powergold...

jadi....saya nak kongsikan dengan anda semua sekiranya yang ingin join bisnes emas ni ada 4 syarikat di Malaysia yang menjalankan perniagaan emas di mana keempat2 syarikat ni mmg terkenal dan sangat utuh....

Yang penting....kita sama2 kenal dan boleh buat pilihan...
syarikat mana yang boleh kita join untuk membeli emas dan buat simpanan...
just ingat 1 perkara: semua mereka menjual beli emas...anda beli...anda simpan emas..itu je...

***********************************************************************************************************


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya ini setelah mendapat pertanyaan dari seorang adik berkenaan harga emas Powergold lebih "mahal" dari Public Gold.

Terima kasih buat adik yg bertanya dan membuatkan saya terpanggil utk saya
berkongsi kenapa saya memilih Powergold sbg platform pelaburan & perniagaan emas saya pada hari ini.

Sejak 2009, saya berusaha mencari jalan untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan selain dari pelaburan unit amanah dan hartanah. Setelah terbaca beberapa artikel dari mentor2 pelaburan terkemuka antarabangsa dan tempatan pada awal 2013, saya buat keputusan untuk mencuba dengan emas dan perak.
Maka saya berusaha mencari sedikit ilmu tentang emas dan pelaburan emas dan
akhirnya saya merasakan emas fizikal lebih sesuai utk target pelaburan
jangka masa panjang saya. Dari situ saya mula mengkaji dari mana saya boleh
mendapatkan emas fizikal dgn mudah, murah, cepat dan tak perlu buang masa
nak pergi ke kedai2 emas disebabkan rutin kerja saya yg agak ketat.

Dari situ saya dapat menyenarai pendekkan 4 syarikat tempatan yg terkemuka yg punya reputasi sendiri dalam urus jual beli emas fizikal sejak 2011 sebelum saya bertindak menyertai POWERGOLD pada Sept 2013.

Saya akan buat perbandingan di antara GSR (Golden Silver Resources) , PG
(Public Gold) , GCP (GoldCrest Pavilion) dan PWG (Powergold).
Tiada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak.

Kerana memang menjadi sikap semulajadi saya dan sebab skop kerja menyebabkan saya sedikit analitikal, jadi saya membuat perbandingan dari pelbagai persepektif seperti Status Syarikat, Produk dan Pelan Perniagaan yg
ditawarkan.

STATUS SYARIKAT:

GSR, GCP & PWG: Milik Bumiputera Islam 100%
PG: Milik Usahawan Kaum Tionghua - boleh google maklumat mereka.

Nota: Bukan saya mahu bersikap rasis tetapi bagi sesetengah orang ini juga perlu diambil kira.

BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER

GSR : bayaran minimum untuk menjadi dealer GSR adalah RM1000. Dealer akan dapat jaket GSR, name card, flyer untuk promo, member card, khairat kematian RM500 (2 tahun pertama), iklan di akhbar. Tetapi dealer tidak akan dapat emas. Perniagaan boleh diwariskan.

PG : anda perlu beli minimum RM30,000 emas untuk melayakkan anda menjadi automatik Normal Dealer kepada PG. RM30,000 tersebut boleh daripada emas
perhiasan, jongkong emas atau dinar. Utk jadi Priority Dealer kena buat belian minimum RM100,000.

GCP : bayaran minimum untuk menjadi dealer GCP adalah RM600. Perniagaan tidak boleh diwariskan.

PWG : bayaran minimum adalah RM350 (Ahli) dan RM3800 (Stokis). Ahli/Stokis diberikan goldbar 999.9 0.5g/8.5g serta laman web rujukan harga dan rekod jualan serta laman web katalog produk (e-catalogue) selain pemberian Cashback Reward perkongsian keuntungan syarikat sehingga RM500/RM1500 mengikut pakej. Bisnes boleh juga diwarisi.

PERBEZAAN PRODUK

GSR : GSR menawarkan Dinar Syifa 917 4.5g, Gold Bar 999.9 1g, 5g dan 10g, rantai emas 999, emas perhiasan 916, emas perhiasan design eksklusif, perak

PG : PG menawarkan gold bar 999.9 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g, Silver bar
250g, 500g dan 1kg, Dinar 999.9 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar serta barang kemas public jewellery

GCP: GCP menawarkan emas perhiasan 916 serta gold bar 999.9 1g, 10g, 20g, 50g, 100g

PWG: PWG menawarkan emas perhiasan 916, goldbar 999.9 1g, 5g, 10g, 20g, 50g,100g, 500g, Dinar 999.9 Suku Dinar, 1 Dinar dan 2Dinar & syiling emas 0.5g(terbaru)


PENGIKTIRAFAN GOLD BAR

Kesemuanya mempunyai sijil ketulenan yang ditauliahkan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam berharga.

Kelebihan buat GSR : PERTAMA seumpamanya di Malaysia di mana setiap sijil ketulenan dilekatkan dengan stocker hologram yang sukar diklon (password encrypted)


KOMISEN AGEN ATAU DEALER

GSR dan GCP : menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang
ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.

PG : komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan
oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal
Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat
terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan.

PWG : komisen jualan antara 6-12%. Terpulanglah kepada dealer untuk
menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.
Setiap gram yg dibeli, syarikat beri RM1/gram dalam bentuk reward ke dalam
e-wallet.

OVERRIDING INTRODUCER DEALER GET DEALER

GSR dan GCP : adalah 'one layer'. Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'. Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g
di atas jualan dealer di bawahnya.

PG : overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master
Dealer, Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND yang ditajanya.

PWG : adalah "multi layer". Introducer yg perkenalkan Dealer akan mendapat 10% dari Dealer di Level 1 dan 2% dari Dealer di Level 2. Disamping itu Introducer juga mendapat 20% di overriding dari sales setiap Dealer dibawahnya sehingga 5 level.


PERBEZAAN HARGA DAN SPREAD

GSR dan GCP : harga yang dipaparkan adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-8% less than web price.

PG : seperti GSR, harga yang dipaparkan adalah harga customer. harga dealer
adalah 1-2% less than web price.

PWG: harga di laman web adalah harga dealer, namun harganya 6-12% lebih
murah dari harga pasaran semasa. Terpulang pada kreativiti Dealer utk
menentukan harga Jualan kpd customer terutama yg melibatkan volume yang besar.

Namun ada 1 lagi faktor yg perlu diambil kira semasa membuat pembelian emas adalah "spread" atau susut nilai. Spread adalah peratusan perbezaan harga jualan oleh syarikat (SELL) dgn harga belian balik oleh syarikat (BUY BACK).

Ada syarikat menawarkan harga per gram yg rendah tetapi peratusan spread yg
tinggi, ada syarikat menawarkan harga yg sedikit tinggi tetapi spread yg agak rendah. Dalam ilmu pelaburan emas peratusan spread yg agak munasabah bagi menjaminkan keuntungan pelaburan diperolehi dgn cepat adalah antara 2% hingga 8% utk goldbar dan dinar. Barang kemas 916 mempunyai spread yg tinggi disebabkan faktor upah membuat. Biasanya spread yg munasabah bagi barang kemas 916 adalah antara 10%-15%. Kerana spread yg tinggi, jarang kita dengar pakar2 pelaburan akan mengesyorkan membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas 916.

Dari info yg saya kaji saya boleh rumuskan julat spread goldbar dan dinar bagi setiap syarikat seperti berikut:

GSR dan GCP: 5.5% hingga 10%

PG: 2.5% hingga 6.0% utk Priority Dealer; 4.5% hingga 8.0% utk Normal Dealer

PWG: 3.5% hingga 7.0% utk Stokis; 5.0% hingga 8.0% utk Ahli (Dealer)



BUYING PROCEDURE

GSR dan GCP : Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan
10am - 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.

PG : mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga dijalankan 7 hari seminggu.

PWG: Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 9am - 5pm
setiap hari melalui web atau telefon. Untuk barang kemas 916 , Sabtu dan Ahad tiada urusniaga dijalankan



SERVICE PROVIDED

GSR , GCP dan PWG : menawarkan penghantaran ke pintu rumah, serta belian
balik @ 'buyback' dari customer.

PG : pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up sendiri atau atas bantuan dealer


KESIMPULAN
Ini adalah pandangan peribadi saya, saya kongsi utk panduan. Pada saya, yang penting adalah untuk membeli dan menyimpan emas. Kalau dikaji atau difikirkan lama2 pun tapi tiada tindakan dibuat pun tiada gunanya. Tepuk dada tanya selera.


http://www.powergold.biz
Katalog Barang Kemas 916 : http//www.agc139.com/product/productlisting

*Saving 1gram 999 Gold Bar a month, get gold & get income*

"Orang Berduit Belum Tentu Ada Emas, Orang Ada Emas Sudah Tentu Ada Duit

Top Leader
Team Rania Emas

Tuesday, September 22, 2015

Saya nak beli emas..tp xnak jadi ahli....

Saya selalu ditanya dengan soalan seperti ini...
Sebenarnyee xde masalah pun kalau kita xmahu menjadi ahli powergold tetapi berminat untuk membeli emas...

Cuma kita sedikit kerugian kalau kita boleh dapatkan lebih murah hampir RM8 ke RM 26 untuk segram emas...

Untuk makluman umum..jika kita pergi ke kedai emas... kita pun boleh membeli bargold ataupun dinar emas berketulinan 24k atau emas 999.9
Tetapi harga yg dijual pada harga pasaran sekaranv sehingga harini 22 september  2015 berharga RM200 segram

Jadi... bila kita beli dari pengilang sendiei seperti produk powergold..kita dapatla sedikit penjimatan...
Kita boleh compare harga disini...

Walaupun anda tidak menjadi ahli powergold..anda masih mampu mendapatkan harga yg lebih rendah dari pasaran luar dan jimat sekitar RM 4 ke RM8 jugak...untung bukan?

Cuma perlu membeli dari agen berdaftar atau stokis powergold sahaja....
Xde masalah...

Tapi keuntungan pada agen la sikit...
Bila buat repurchase utk emas, agen boleh dapat bonus lagi RM1 dari setiap 1g emas..

Ingat..yang penting...mulakan simpanan emas dulu...
Dulu selalu saya terfikir...
Mcmmana cara nak simpan or tambah emas harga punyerlah mahal mencanak ni..
Pastu mana boleh beli sikit2 kan...
Kena beli terus sekurang2nya 5g
Beratus malahan beribu harganya...

Jadi melalui syarikat...kita boleh simpan sedikit2...
Then boleh tukar ke bargold lebih besar
Nanti saya kongsikan tip untuk memilih samada nak bl bargold, dinar atau syiling emas atau pun barang hiasan ye...

Jom kita tgk harga terkini emas di sekarang.....
ni harga paling baru update setakat 23 September di powergold



kalau bl dgn harga ahli utk segram gold bar leh dpt serendah RM174 je..
tp kalau non ahli boleh beli dengan harga RM194...
sape yg bl dgn saya..sy bg diskaun tipis ye..haha..ala tolong kawan...
beli je dulu segram dua..dptkan feel...
lama2 nnt terus fikir asyik nak kumpul je...haha

so..apa lagi...call / wassup saya ye...
Ilah fazilah 
012-6098480



15 KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS

sedikit tips2 kelebihan meyimpan emas fizikal...

🍒🍒15 kelebihan MENYIMPAN / MELABUR EMAS FIZIKAL

1. 🍧 Sebagai SIMPANAN atau PELABURAN bagi jangkamasa SEDERHANA dan PANJANG. ⏳⌛
2. 🍧 HALAL kerana mempunyai AKAD JUAL BELI EMAS yg dituntut ISLAM.
3. 🍧 Senang dicarikan (liquidity) dan berNILAI dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
4. 🍧 KESTABILAN harga EMAS di pasaran dunia dan tidak TERIKAT dengan INFLASI dan DEFLASI.
5. 🍧 Aset atau pelaburan yang MUDAH dan SENANG diuruskan. Tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual. (Simpanan yg dilupakan atau sekadar simpan dibawah bantal macam zaman nenek moyang kita).
6. 🍧 Tidak memerlukan pihak ketiga utk urusan jual beli. Pemilik emas boleh urus jual beli sendiri simpanan emas mereka pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
7. 🍧 Tiada Cukai yang dikenakan kecuali ZAKAT EMAS untuk yg beragama ISLAM.
8. 🍧 Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
9. 🍧 Pelaburan atau simpanan yang SELAMAT ketika keadaan ekonomi JATUH disebabkan peperangan, politik ataupun system ekonomi dunia jatuh.
10. 🍧 Boleh dipajak utk dapatkan TUNAI SEGERA tanpa terlibat dengan RIBA’ pada bila-bila masa dengan kadar upah yg rendah.
11. 🍧 Aset yang boleh diwarisi secara MUDAH tanpa perlu dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ke 3.
12. 🍧 Senang dibawa kemana-mana kerana mempunyai saiz yg kecil. (5g – 250g). ~ boleh juga dipakai sebagai barang kemas.
13. 🍧 Aset fizikal atau simpanan yang tidak boleh diBEKUkan walaupun diisytiharkan BANKRUP.
14. 🍧 Simpanan atau asset untuk masa depan keluarga. (Pembiayaan anak-anak ke universiti, menunaikan haji, memulakan perniagaan etc)
15. 🍧 Emas fizikal sebagai MODAL perniagaan, cagaran perniagaan atau ‘rolling’ perniagaan.

WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR.



Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada simpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT/ASSET yang kita Miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA'.


call/ wassup/sms
Ilahfazilah
012-6098480

Pakej-pakej Keahlian Powergold

ok.....
kenapa kami amat menggalakkan pembeli menjadi ahli Powergold??
sebenarnya banyak keuntungan bila kita sign up sebagai ahli PWG ni....
jom kita tengok kelebihan menjadi ahli Powergold:



jadi...nak join ahli pun bukan mahal sangat pun...
ada 3 pakej disediakan..
pakej ke 3 Rm3800 tu boleh terus jadi stokis..
bila register as stokis..lg banyak keuntungan di situ....



tp biasanyer,,,kalau kita hanya nak beli dan simpan emas...
xperlu beli pakej mahal2..cukup sekadar RM350 sahaja
yang penting...kita dapat beli emas dengan harga ahli dahulu...
lebih murah dari pasaran....
nanti saya akan terangkan dengan lebih lanju mengenai pakej2 ini....

yang penting....
letak satu niat dan hala tuju...
saya nak beli emas sbb nak simpan emas...
melalui powergold...kita mampu unutk membeli emas serendah 1 gram sahaja....
mulakan simpanan....sikit2 lama2 jadi bukit kan???
jgn tunggu lama-lama...

jangan lupa...hubungi saya

Ilahfazilah 0126098480

PANDUAN JIKA ANDA SUKA SIMPAN EMAS 💥


Nak membeli emas kena la tau sikit ilmu2 ni.....jom baca beberapa kesilapan yg mungkin kita xperasan or boleh elak dalam membeli dan mengumpul emas: 

10 Kesilapan Pembeli emas 💣💰
\




Kesilapan 1: 😓🔫
Melabur ikut-ikut tanpa ilmu
-------------------------
Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana perniagaan sekalipun. Baca at least 1 buku ilmu emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana seminar tentang emas untuk belajar terus dari yang pakar.

Kesilapan 2: 😓🔫
Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama
---------------------------
Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 gram @ 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas
Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk simpanan @ pelaburan. 
----------------------
Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas simpanan@ pelaburan dikeluarkan untuk tujuan keuntungan pembeli. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari Goldbar & dinar dan (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series PowerGold dan Sri Ayu.
Barang kemas bukanlah emas terbaik untuk tujuan “simpanan @ pelaburan”,bagaimanapun ia tetap baik dari langsung tidak menyimpan.


Kesilapan 4: 😓🔫
Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas
------- -----------------
Harganya lebih tinggi dari emas lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!
Syarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik.




Kesilapan 5: 😓🔫
Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat
---------- ------------
Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.
graf pergerakan harga emas 10 tahun,Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Kalau beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, pergerakan harga emas mungkin boleh mengganggu tidur malam yang lena ye hi hi..


Kesilapan 6: 😓🔫
Pinjam duit untuk beli emas
--------------------- -- ---
Simpanan emas sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik membeli emas. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Saya tak syorkan buat pinjaman untuk beli emas melainkan orang yang susah disiplinkan diri menyimpan wang secara konsisten. Mungkin dengan cara buat pinjaman dan beli emas, dapat ‘paksa’ diri menyimpan.
pelaburan emas dengan pinjaman
Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.


Kesilapan #7: 😓🔫
Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain
---- ---------------------
Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Emas lelong di ar-rahnu belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb.
Sebagai contoh, emas PowerGold dan emas kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi.
Senang beli, senang jual balik.


Kesilapan #8: 😓🔫
Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul
----------------------
Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu.
Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja;
(1) Harga emas turun banyak secara mendadak,
(2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes.
Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Rujuk artikel “9 Tips Penting Memajak Emas Di Ar-Rahnu” untuk faham topik ni.


Kesilapan 9: 😓🔫
Membeli emas fizikal di bank
----------------------------
Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet & ia berseal. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik.
Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.
Sekali buka seal, anda rugi 25%!
Syiling Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia, dijual di Maybank.Kijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dsb.
Emas powergold kemek ke calar ke powerGold jamin beli balik emas tu samada calar, kemek, atau bengkok. Ini disebabkan powerGold adalah kilang emas yang mengeluarkan sendiri emas tersebut. Bukan sebagaimana bank yang membeli emas dari pihak ke-3.


Kesilapan #10: 😓🔫
Menjual emas ditempat yang salah
---------------------------
Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga yang tertinggi. 

Kalau beli emas PowerGold, jual balik kepada powerGold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada PowerGold, spreadnya cuma sekitar 8% jer. Itulah ‘rule’ jual balik apa-apa jenis emas sekalipun.
Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan beli, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.
Kurangnya Ilmu, Punca Utama 10 Kesilapan dia atas.. buat apa2 biar dengan adanya ilmu.😊