Wednesday, March 23, 2016

KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS

assalamualaikum, GOLD morning 


😍😍😍
Kelebihan Menyimpan Emas
1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.
2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas
3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik
4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang
5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang
6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga
7. Halal dengan akad jual beli mengikut Islam
8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat
9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga
10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .
11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan
12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai
13. Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga
14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah
15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar
16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya
17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan
18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import
19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan
20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil
21. Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang
22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup
23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar
24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.
25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank
26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
27. Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan
28. Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia Musa.
29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
30. Emas pada asalnya adalah matawang